....
KOi bersama tuan rumah Abd. Wahid Lazi yang lebih glamer KOi panggil 'misai'
Tohir rodong KOi ngajok gi kenduri di Kg. Jalan Panjang, Jalan Pekan Sehari Kg. Awah. Dia ajok kesana sebanonye sebagai rombongan sebelah pengantin leleki yang merupakan anok sedare dia iaitu anok Kok Wok Abang Zam Kg. Berkat, Maran. Kome sampai di rumoh pengantin perempuan tu dalam pukul 1.00 tengahari dan waktu tu jemputan tengoh ramai. KOi tengok ramainya orang dari Maran yang semangnya KOi dah kenal lama dah. Ada Duan, Wahid, Lan Seman dan ramai lagi lah. Mula sampai tu KOi cuba lah mengintai-ngintai mana satu tuan rumohnye. Masa tengoh makan koi pun tanya lah ngan budok yang makan semeja ngan KOi tu sape tuan rumoh tu lalu budok tu bagitau tuan rumoh ni namanya Wahid. Baru la koi tau rupanya KOi gi makan kenduri yang Tohir ajok ni rupanya rumoh rodong lama KOi Wahid yang dulu sama-sama duduk di Maran.Baru KOi tau rupanya Wahid ni dah berbesan ngan Kok Wok Abang Zam. Dan Sabtu depan Tohor ajok pulok KOi ke kenduri di rumoh Kok Wok Abang Zam di Maran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan