Sekali mandi RM10 haha ..


Hahaha .. dia pun nak mandi juga macam orang .. orang mandi kalau kat Tandas Awam kena bayar 50 sen tapi yang ini kalau nak mandi kena bayar RM10 wakaka .. KOi tengok tokey tempat mandi kete boleh buat untung jadi KOi pun mula pasang angan-angan satu hari nanti KOi pun nak buat menega jenis ni .. menega ni senang dan takder orang berhutang jadi senang nak pusing modal. Tapi yang penting basuh kena betul-betul bersih dan yang lebih penting basuh kete pelanggan jangan sampai ada kesan tercalar. Satu lagi pelanggan nak cari tempat yang cepat siap tapi berkualiti... bagi pelanggan berpuas hati. Kalau bole kena ada sorang bahagian kualiti control maksudnya bila siap divecium dia kene tengok kete tu betul-betul bersih baru terima bayaran dari pelanggan tu tapi yang keje bahagian ni bukan dari kalangan budak-budak yang tukang basuh tu .. kena orang lain betul dan orang tu adalah orang kepercayaan kita contohnya orang yang jaga counter bayaran.
Cuma kalau nak buka menega ni yang jadi masalah ialah tempat tu mesti tempat yang mudah orang datang .. dan sambil pelanggan menunggu tu sediakan tempat menunggu yang selesa, ada jual minuman, pasang la lagu yang bersesuaian ngan citarasa pelanggan bukannya ikut citarasa kita sorang haha ... contoh pasang lagu irama pop yeh yeh atau retro ker atau lagu slow rock era 90an ker atau lagu era Hail Amir, Uji Rashid, D.J. Dave ker ... jadi pelanggan yang menunggu tak merasa boring dan lebih elok sediakan Wi-Fi untuk guna internet percuma.
Moga angan-angan kOi nak menega Car Wash ni akan jadi kenyataan satu hari nanti Insyallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan