Mak Cik Ni Merajuk Pulok Dah ...

Semalam KOi turun Kolumpo macam biasa la kat Toll Gombak tu KOi start onkan Navigator ni sebab KOi malas dah sesat meraban macam dulu-dulu masa sebalum pakai menatang ni .. KOi pilih destinasi rumah Atan tu. Kete KOi pun terus la meluncur masuk bando Kolumpo tu ngan penuh konfidance. Masa mula tu KOi tak cara sangat ngan benda ni sebab jalan tu KOi ingat lagi .. KOi masuk Lebuhraya DUKE (ada orang sebut DUKA haha) .. kat situ baru KOi perasan ngape pulok Mak Cik ni kali ni tak nak bercakap bagitau susur keluar yang KOi nak ikut dalam 600 meter depan KOi .. selalunya dia akan bagitau KOi "Teruskan dilorong kiri" tapi ari ni dia bisu pulok .. tak sempat KOi buka mulut pasal tu rupanya bini KOi dah perasan dulu pada KOi lalu dia tanya KOi "Ngape Mak Cik ni tak bercakap ari ni?" KOi cakap 'Tak tau la ngape" .. waktu tu baru KOi teringat tadi masa mula KOi onkan benda ni tadi KOi lupa nak pesan kat bini KOi yang duduk sebelah KOi ni jangan bercakap banyak sebab sepanjang masa selepas Toll Gombak tadi bini KOi tak berenti bercakap .. baru la KOi tau rupanya benda ni ' kalah badi ' ngan bini KOi ni hahahaaa .. dan satu lagi sebab mungkin juga Mak Cik ni tak nak bagi KOi konfius sebab suara dia kan sama ngan suara bini KOi. Kalau sekiranya KOi konfius kemungkinan KOi akan banyak tersilap lorong atau tersilap susur keluar .. sesat memang tak kan sesat tapi kena pusing ikut jalan jauh sikit la tapi tetap sampai juga ke destinasi cuma penat sikit la Mak Cik tu bercakap haha .. Walau kita tersilap jalan sekali pun Mak Cik tu tetap tak marah dan akan tunjukkan jalan anternetif didepan sehingga la KOi sampai ke destinasi yang dah setkan tu. Nasib baik la takat KOi pakai benda ni Mak Cik ni tak reti nak kutuk KOi walau tersilap jalan pun .. akan datang tak tau lagi la mana tau bila KOi tersilap jalan tetiba Mak Cik ni terus cakap "Anda telah sesat jalan ... awak bodou" alamat la waktu tu juga KOi turunkan cermin terus KOi siung keluar menatang ni hahaha ...
....

Atan berbaju gelap berdiri ditengah

KOi lalu kat TOll Temerloh dalam pukul 3.00 petang dan tiba di Toll Gombak pukul 4.00 petang. Kalau sebelum ada LPT dulu satu jam tu baru sampai kat Bandar Karak je.
...

Dengan bantuan Navigator ni dari Toll Gombak 30 minit KOi dah sampai ke rumah Atan walau pun jalan jem sebab sama ngan waktu orang balik opis. Kalau tak jem mungkin 15 minit jer.
...
Atan ari ni keje kat KBS Putrajaya waktu tu dalam perjalanan naik train nak balik rumah. Atan cakap dalam 45 minit lagi baru sampai .. tunggu Atan tu KOi ngan bini KOi duduk dalam kete kat luar pagar appartment tu ... tetiba bini KOi teringat nak makan kueh kocok lalu KOi start kete terus gi gerai tempat jual kueh tu. Gi situ KOi takyah pakai Navigator ni sebab jalan tu KOi ingat. Siap beli kueh tu kome balik semula ke tempat menunggu tadi.
...
Dalam pikul 6.00 baru Atan sampai dan kome terus bergerak nak gi kat bengkel tempat Atan baiki kete dia kat Selayang.

.......

Gambar atas sekali tu KOi tengah drive on the way nak gi Selayang dalam hujan lebat
...

Sampai kat bengkel tu dah pukul 6.30 tapi dalam perjalanan tadi Atan dah tepon tokey bengkel tu suruh tunggu sampai kome sampai. Kete Atan tokey bengkel tu dah alihkan kat tempat lain tak jauh dari bengkel tu sebab bimbang jalan masuk ke bengkel tu banjir kilat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan