Intan Cyber Centre

Intan Cyber adalah cyber cafe yang pertama wujud di Bandar Temerloh iaitu semenjak tahun 1998 dan selepas itu ledakan it melanda masyarakat Malaysia lalu tumbuh lah cyber cafe bagaikan cendawan selepas hujan dimerata tempat
....
Ahlamdulillah kami boleh bertahan sampai kehari ini dengan berkat sokongan daripada anda semua walau pun banyak cyber cafe yang wujud selepas kami kini telah tiada lagi
....
Tiada permainan game komputer dan kami mempunyai pelanggan tersendiri yang silih berganti walau pun bersaing hebat dengan Wi-Fi percuma
....
Untuk melayari internet dalam suasana yang tenang tanpa gangguan bising yang memekak telinga macam kedai komputer game maka di sinilah tempatnya
...
Sebagaimana biasa hari Ahad KOi menjaga sendiri cc ni sebab pekerja KOi bercuti pada hujung minggu. Punya la sibuk kat cc sampaikan tak sempat nak turun bawah cari nasi makan tengahari nasib baik la anak bongsu KOi Si Awang tu antar nasi bungkus kat KOi kalau tak pose la koi sampai kepetang. Biasanya hari Ahad ni KOi tutup cc dalam pukul 7.30 malam dan lepas semayang maghrib kat cc KOi tutup terus sebab tak larat dah nak jaga cc sampai pukul 11 malam rasa nak gila dulu dah pernah KOi try hahaha ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan